Refleksi Assignment Bahasa Arab

CITRA 2

CITRA 2 – Bahasa, Komunikasi & Literasi

Antara matlamat utama pendidikan UKM ialah menghasilkan graduan yang cekap dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Citra Bahasa, Komunikasi dan Literasi merangkumi penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping menguasai bahasa ketiga yang relevan, iaitu bahasa tempatan seperti Mandarin dan Tamil serta bahasa asing seperti Arab, Jepun dan sebagainya. Citra ini melibatkan pelbagai modality iaitu kemahiran, kepenggunaan dan kesesuaian bahasa. Penguasaan dan kemahiran bahasa yang bersifat multilingual dan bilingual merupakan keperluan utama disamping penguasaan bahasa ketiga yang dijadikan satu aspirasi. Ia juga merangkumi penggunaan bahasa yang relevan secara intra dan inter disiplin, sebagai contoh “Laras bahasa saintifik”. Matlamat Citra Bahasa, Komunikasi dan Literasi ialah pencitraan graduan UKM yang mempunyai keyakinan dan keterampilan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan dan kritis. Keterampilan ini meliputi keyakinan serta keupayaan berkomunikasi dengan efektif dalam bentuk lisan dan penulisan. Citra ini bertujuan menghasilkan graduan yang dapat menyampaikan maklumat, menilai, menerima dan memberi hujahan dan pendapat dalam disiplin ilmu masing-masing secara bersahaja (effortless). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar secara lisan, penulisan secara berhemah dalam pelbagai konteks; dalam konteks persekitaran masa kini, lingkungan komersial dan kepelbagaian budaya. Citra ini juga bermatlamat untuk menghasilkan graduan yang mempunyai tahap literasi yang tinggi yang boleh memahami dan mengupas maklumat dalam pelbagai konteks atau genre serta mempunyai kebolehan menilai, menganalisis, mengsintesis dan menilai maklumat tersebut.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC 2) Bahasa, Komunikasi & Literasi

I. Berupaya mengaplikasi dan menunjukkan kebolehan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam pelbagai konteks persekitaran masa kini, lingkungan komersil dan kepelbagaian budaya. (C3)

II. Berupaya memberi maklumbalas dan menghuraikan pendapat dalam disiplin ilmu masing-masing secara bersahaja (effortless). (P3)

III. Berupaya menilai, membuat sintesis dan menghuraikan maklumat dalam pelbagai konteks atau ‘genre’ (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 2

(kemaskini 01/9/2017)

Pusat Citra Universiti

LMCK1331    Komunikasi Efektif

LMCP1212     Komuniti dan Literasi

LMCR1202     Penulisan Pantun Kreatif

LMCR1212     Sastera Siber

LMCR1222     Sastera Alam Sekitar

LMCR1232     Bahasa Kepemimpinan

LMCR1242     Penulisan dan Rekabentuk Dokumen dalam Bahasa  Inggeris

LMCR1251     Puisi Berima

LMCR1252     Gaya Sebutan dalam Bahasa Inggeris

LMCR1272     Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu

LMCR1282     Pembentangan Lisan Berimpak

LMCR1292     Bicara Tuntas

LMCR2202     Pembentangan untuk Mempengaruh

LMCR2212     Bentuk-Bentuk Penulisan

LMCR2222     Hubungan Insan

LMCR2231     Penggunaan Penanda Wacana dalam Penulisan

LMCR2242     Kemahiran Menulis

LMCR2282     Membina Keyakinan Diri Melalui Bercerita

LMCR2442     Kemahiran Kesantunan Berbahasa

LMCR3202     Bahasa Melayu dalam Pengurusan Pejabat

 

Pusat Kebudayaan

LMCZ1612     Penulisan Skrip I

LMCZ1622     Penulisan Skrip II

LMCZ1632     Penulisan Skrip III

LMCZ1642     Penulisan Skrip IV

Pusat Kesatria

LMCB1212     Membaca Peta

LMCB1222     Asas Semboyan

Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

LMCR1262     Literasi Maklumat

Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)

LMOO1202    Hola! : Eksplorasi Budaya Latin Amerika

LMOO1211    Viva! : Pengenalan kepada Bahasa dan Budaya Portugis

LMOO1222    Bienvenidos! Venezuela

 

Kolej Keris Mas

LMCR3222     Komunikasi Perundingan

LMCR3232     Tradisi Lisan

 

Kolej Pendeta Za’ba

LMCR2292     Kursus Kemahiran Debat dan Pidato

Fakulti Sains & Teknologi

STPD3013      Komunikasi Saintifik

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

LMSK1202     Naratif, Trend Global dan Budaya Harian

LMSK1212     Budaya Global dalam Domain Digital

SKAG2273     Geografi Politik

SKBE3323      Language And Media

SKBS1023      Critical Appreciation

SKBS2183      Literature And The Media

SKBS3133      E-Methods In Literary Production

SKKP1033     Pengantar Komunikasi Antarabudaya

SKMB1063    Pengantar Kajian Bahasa Melayu

SKMK2013    Adat Istiadat Melayu

SKPD1053     Ketrampilan Berbahasa Dan Berkomunikasi

SKVA2513     Bahasa Arab Asas I

SKVA2523     Bahasa Arab Asas II

SKVA2533     Bahasa Arab Pertengahan I

SKVA2713     Bahasa Jepun Asas I

SKVA2723     Bahasa Jepun Asas II

SKVA2733     Bahasa Jepun Pertengahan I

SKVA2743     Bahasa Jepun Pertengahan II

SKVA2753     Bahasa Jepun Lanjutan

SKVA2813     Bahasa Jerman Asas I

SKVA2823     Bahasa Jerman Asas II

SKVA2833     Bahasa Jerman Pertengahan I

SKVA2843     Bahasa Jerman Pertengahan II

SKVA3013     Bahasa Korea Asas I

SKVA3023     Bahasa Korea Asas II

SKVA3033     Bahasa Korea Pertengahan I

SKVA3043     Bahasa Korea Pertengahan II

SKVA3213     Bahasa Cina Asas I

SKVA3223     Bahasa Cina Asas II

SKVA3233     Penulisan Dalam Tulisan Cina

SKVA3243     Bacaan Dalam Tulisan Cina

SKVA3253     Bahasa Cina Untuk Perniagaan

SKVA3413     Bahasa Perancis Asas I

SKVA3423     Bahasa Perancis Asas II

SKVA3433     Bahasa Perancis Pertengahan I

SKVA3713     Bahasa Thai Asas I

SKVA3723     Bahasa Thai Asas II

SKVA3743     Bahasa Thai Lanjutan II

SKVA3763     Bahasa Thai Untuk Pelancong

SKVA3913     Bahasa Sepanyol Asas I

SKVA3923     Bahasa Sepanyol Asas II

SKVT1213     Asas Terjemahan

SKVT1223     Teori Dan Kaedah Terjemahan

SKVT1233     Terjemahan Teks Sastera Dan Aspek Sosio-Budaya

SKVT1253     Terjemahan Teks Media Massa

SKVT1263     Terjemahan Teks Agama

SKVT2283     Terjemahan Berkomputer

Fakulti Pengajian Islam

PPPM1942     Dakwah dan Pembangunan

PPPM1952     Kebudayaan dan Kesenian Islam

PPPM1972     Pengantar Dakwah dan Ideologi Moden


 

KANDUNGAN KURSUS

Citra 2     –      Bahasa, Komunikasi Dan Literasi

Pusat Citra Universiti

LMCK1331         Komunikasi Efektif

Kursus ini bertujuan untuk membangun kemahiran penggunaan bahasa, kemahiran berkomunikasi dengan efektif dan kemahiran literasi untuk mengurus maklumat. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti berteraskan bahasa dan komunikasi selaras dengan perkembangan semasa. Kursus ini melengkapkan pelajar UKM menjadi individu yang berkebolehan dari aspek bahasa dan komunikasi di samping berdaya saing untuk menghadapi persekitaran profesional dalam menyampaikan idea dan pandangan yang kritis dan dinamik.

 

Bacaan Asas

Thomson, N. (2011). Effective communication: A guide for the people professions. New York: Palgrave Mac Millan.

Barker, A. (2013). Creating success: Improve your communication skills. Croydon, UK: Kogan Page Ltd.

Orey, M & Prisk, J. (2014). Communication skills training. San Diego, California: Association for Talent Development (ATD).

FitzPatrick, L & Klavs Valskov. (2014). Internal Communications: A Manual forPractitioners. Croydon, UK: CPI Group.

McGowan, B & Bowman, A. (2014) Pitch Perfect: How to say it right, the first time,everytime. HarperCollins.

LMCP1212Komuniti dan Literasi

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar konsep kepelbagaian literasi serta kepentingan dan nilai literasi dalam pelbagai konteks dan komuniti dalam masyarakat Malaysia masa kini. Penekanan akan diberikan kepada komunikasi, kerja berpasukan dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan/program komuniti seperti perpustakaan awam, kesihatan dan khidmat masyarakat. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah interaktif, kerja lapangan dan pengalaman pembelajaran (experiential learning). Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan dan mengaplikasikan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal yang lebih positif dalam pelbagai konteks dan komuniti.

 

Bacaan Asas

David Barton & Mary Hamiltin. 2012. Local Literacies: Reading and Writing in OneCommunity. London: Routledge.

Jeffrey T. Grabill. 2001. Community Literacy Programs and the Politics of Change.Albany: State University of New York Press.

Jennifer Rowsell & Kate Pahl. 2015. The Routledge Handbook of Literacy Studies. London: Routledge.

Mike Baynkam & Mastin Prinsloo. 2009. The Future of Literacy Studies. UK: Palgrave Macmillan.

Tracy L. Coskie. 2012. Community Literacy Practices: Supporting Youth DevelopmentAfter-School. John Hopkins University. http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/ strategies/topics/literacy/articles/community-literacy practices/

 

LMCR1202         Penulisan Pantun Kreatif

Kursus ini bertujuan memupuk seni ilmu puisi Melayu tradisi seperti pantun yang semakin dilupakan penggunaannya dalam komunikasi tulisan mahupun lisan pada hari ini. Kursus ini juga berusaha untuk memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran penulisan pantun melalui penerangan, perbincangan dan latihan penulisan yang terarah dan pelbagai. Penulisan pantun kreatif ini akan memberi peluang ke arah penciptaan karya penulisan kreatif yang segar dan berkualiti terutamanya untuk menyemarakkan seni bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang lebih menarik dan bervariasi. Kursus ini berorientasikan aplikasi dan penilaian berterusan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran penulisan pantun kreatif yang terampil.

Bacaan Asas

Ahmad Kamal Abdullah. 2011. 1000 Pantun Puitis. Penerbit UPM Press. Selangor

Ainon Mohd & Datin Asima Abdul Latiff. 2012. Pantun untuk Majlis dan Acara Rasmi. PTS       Publications & Distributors Sdn. Bhd. Selangor

Rais Yatim. 2013. Pantun & Bahasa Indah: Jendela Budaya Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka.          Kuala Lumpur.

Hassan Ahmad. 2015. Pantun Melayu I Bingkisan Permata. Penerbit Yayasan Karyawan. Kuala              Lumpur.

Salinah Ja’afar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Zurinah Hassan. 2016 Wacana Pantun         Melayu. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

LMCR1212         Sastera Siber

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar tentang penulisan kreatif bermutu yang disiarkan secara maya. Penilaian kursus ini bersifat berterusan. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan sastera siber, etika penulisan secara siber, plagiat di dunia maya, membina dan memantapkan bakat sastera. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran di dewan kuliah, pembelajaran di luar dewan kuliah, latihan dan pembelajaran berasaskan masalah.

 

Bacaan Asas

Azhar Hj. Wahid. 2011. Globalisasi Sastera Siber. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Halimah Mohamed Ali, Mohamad Luthfi Abdul Rahman. 2014. Sastera dalam Budayadan Media. Minden: Penerbit USM.

Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun. 2008. Berkarya di Alam Siber. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise.

Mawar Safei & Nisah Haji Haron (penyusun). 2011. Bagaimana Saya Menulis: ProsesPenciptaan Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz. 2014. Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan. Minden: Penerbit USM.

 

LMCR1222Sastera Alam Sekitar

Kursus ini bertujuan memperkenalkan sastera alam sekitar kepada pelajar UKM. Kursus ini merangkumi dua bidang iaitu sastera dan alam sekitar, memerlukan pelajar memahami bidang sastera dan alam sekitar serta hubungan antara kedua-duanya. Kursus ini berorientasikan akademik, penilaian berterusan dan gerak kerja di lapangan. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan hubungan antara sastera dan alam sekitar, melahirkan kecintaan terhadap persekitaran yang terjaga dan memanfaatkan kekayaan sumber alam di dalam karya. Di akhir kursus, pelajar akan membentangkan kajian penyelidikan mereka dalam satu seminar.

 

Bacaan Asas

Branch, Michael P & Slovic, Scott (ed.). 2003. The ISLE Reader. Athens: The University Of Georgia Press.

Glotfelty, Cheryll & Fromm, Harold (ed.). 1996. The Ecocriticism Reader. Athens: The University of Georgia Press.

Halimah Mohamed Ali & Mohamad Luthfi Abdul Rahman (ed.). 2013. Sastera DalamBudaya Dan Media. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Murtadha Muthahhari. 2008. Manusia Dan Alam Semesta. Jakarta; Penerbit Lentera. Shamsuddin Suhor. 2015. Isu Dan Undang-Undang Alam Sekitar Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

LMCR1232Bahasa Kepemimpinan

Kursus ini bertujuan untuk memupuk ilmu tentang ciri-ciri penggunaan bahasa kepemimipinan yang mudah difahami dan yang tidak meyukarkan penerimaan maklumat yang ingin disampaikan. Kursus ini juga berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa yang dapat mengenengahkan kualiti penerampilan imej individu beserta mempertingkatkan kredibilitinya. Kursus ini berorientasikan akademik, aplikasi dan penilaian berterusan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran komunikasi berkepimpinan. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan ilmu penggunaan bahasa yang membawa ciri ciri kepemimpinan yang berterapkan nilai kesantunan serta kewibaan individu

 

Bacaan Asas

Khalim Zainal et. Al. 2009. Kepimpinan: Kreativiti, Pengurusan, Pendidikan Pusat Pengajian Umum, UKM

Nazri Muslim & Abdul Latif Samian 2012. Wacana Teori dan Strategi Kepimpinan

Melayu. ATMA UKM

Raja Roslan Bin Raja Abd. Rahman et.al. 2011. Peranan Komunikasi KepemimpinanDiri

dan Organisasi Dalam Perspektif Islam. http://eprints.utm.my/10611/1/1.pdf Zarina Othman 2012. Bahasa dalam Wacana Ucapan Kepimpinan Alam Melayu.

Wacana Teori dan Strategi Kepimpinan Melayu. ATMA UKM.

 

LMCR1242Penulisan dan Rekabentuk Dokumen dalam Bahasa Inggeris

Kursus ini bertujuan memberi pelajar pendedahan kepada prinsip penulisan dan rekabentuk dokumen yang baik dalam bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada aspek bahasa, rekabentuk dokumen, aspek pembaca dan isi yang perlu bagi menghasilkan dokumen yang baik dalam konteks tertentu. Kursus ini adalah bersifat ‘hands-on’ dan berorientasikan pembelajaran secara pengalaman melalui aktiviti dalam dan luar kelas serta projek berkumpulan.

 

Bacaan Asas

Allington, D & Mayor, B. (eds). 2012. Communicating in English: talk, text, technology.

Oxon: Routledge.

Canavor, N. 2012. Business writing in the digital age. Thousand Oaks, Calif: SAGE. Carter, C. 2012. Keys to Business Communication: Success in College, Careers. & Life.

NJ: Prentice Hall.

Osmond, A. 2013. Academic writing and grammar for students. London: Sage.

Terk, N. 2010. Professional Writing Skills: A Write It Well Guide. Oakland, CA: Write It Well.

 

LMCR1251         Puisi Berima

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada seni penulisan puisi berima. Pelajar akan mempelajari tentang jenis-jenis puisi Melayu, sejarah ringkas puisi, pembentukan puisi, idea, perspektif dan ungkapan dalam puisi, gaya bahasa dan reaginasi (realiti + imaginasi) dalam puisi. Beberapa contoh puisi akan dipilih untuk dikupas dan dibicarakan. Di akhir semester, pelajar akan mempersembahkan puisi hasil penulisan masing-masing.

Bacaan Asas

Dharmawijaya. 1987. Berkenalan Dengan Puisi. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Harun Mat Piah. 2004. Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran. Dewan Bahasa & Pustaka, K. Lumpur.

Lim Swee Tin. 2006. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Cerdik Publications, Shah Alam.

Mohd. Rosli Saludin. 2007. Puisi Melayu Tradisional. Goal Intelligent Publishing, Pulau Pinang.

 

LMCR1252Gaya Sebutan dalam Bahasa Inggeris

Kursus ini bertujuan memberi pelajar pengetahuan dan latihan dalam gaya sebutan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada aspek bunyi dan prosodi bagi membantu mereka memahami dan menggunakan sebutan yang betul apabila berkomunikasi secara lisan dalam bahasa tersebut. Kursus ini adalah bersifat interaktif dan berorientasikan pembelajaran secara pengalaman. Pelbagai aktiviti audio, latihan sebutan serta lakuan dalam dan luar kelas akan dijalankan.

 

Bacaan Asas

Prentis, Nicola. 2014. Speaking (B2+ Upper Intermediate) (Collins English for Life). Collins.

Rogerson-Revell, P. 2011. English Phonetics and Phonology: An Introduction. West Sussex: Wiley-Blackwell.

Tan Kim Hua. 2014. Stress Success: A Guide to Pronunciation Principles. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terk, N. 2010. Professional Writing Skills: A Write It Well Guide. Oakland, CA: Write It Well.

Audio dan video atas talian: Thought Groups: https://www.youtube.com/ watch? v=dHZIA0-G1sc Interactive IPA Chart: https://www.youtube.com/ watch? v=0HeujZ45OZE

Speak English More Like a Native: Pronunciation Practice with Reductions: https:// www.youtube.com/watch?v=aIhctYQ5d2

 

 

LMCR1272Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu

Kursus ini bertujuan membimbing pelajar supaya mahir berbahasa Melayu dan berkomunikasi secara berkesan bersesuaian dengan konteks penggunaannya. Penyampaian bahasa lisan yang baik dan bertanggungjawab dengan cara memberi penekanan kepada objektif hujah dan isi. Pelajar dilatih dalam pelbagai aktiviti lisan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti komunikasi interpersonal, perbincangan secara berkumpulan dan pembentangan projek secara lisan. Pelajar juga akan dapat memahami aspek-aspek penting dalam menentukan keberkesanan komunikasi seperti kesantunan berbahasa, budaya berbahasa, ragam bahasa, bahasa badan dan halangan-halangan dalam komunikasi.

 

Bacaan Asas

Abdul Shukur Shari. 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Bentung. PTS Publications & Distributors.

Abd. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Faat. 1995. Bahasa Melayu – Komunikasi Berkesandan Pengucapan Umum. Kuala Lumpur. Longman.

Abd. Rahman Ab. Rashid, Hajah Wan Som Mamat. 1995. Bahasa Melayu dalamKomunikasi dan Proses Komunikasi. Kuala Lumpur. Longman

Siti Rosnah Hj. Ahmad. 2001. Bahasa Melayu: Introduction to Malay Language andCulture. Kuala Lumpur. Golsen Books Centre Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri. 1997. Komunikasi Berkesan. Shah Alam. Fajar Bakti.

 

LMCR1282Pembentangan Lisan Berimpak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar asas persembahan lisan. Penekanan akan diberikan kepada tiga asas utama iaitu:

  1. Pengstrukturan sesuatu persembahan lisan
  2. Pengayaan ‘verbal’ dalam persembahan
  3. Pengayaan ‘non-verbal’ dalam persembahan

Kursus diadakan dalam bentuk kuliah dan latihan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar memberi sesuatu persembahan lisan.

 

Bacaan Asas

Barbara Pease & Allan Pease. 2006. The Definitive Book of Body Language. New York: Bantam Dell.

Brad Phillips. 2015. 101 Ways to Open a Speech: How to Hook Your Audience fromthe Start with an Engaging and Effective Beginning. Washington DC: SpeakGood Press.

Garr Reynolds. 2011. Presentation Zen: Simple Ideas on Presentation Design andDelivery 3rd Edition. Berkeley: New Riders.

Kathryn Sue Young & Howard Paul Travis. 2012. Oral Communication: Skills, Choices,and Consequences. 3rd Edition. Long Grove: Waveland Press, Inc.

Stephen Lucas. 2014. The Art of Public Speaking. 12th Edition. Boston: McGraw-Hill.

 

LMCR1292         Bicara Tuntas

Kursus ini membangunkan kemahiran komunikasi dan menggilap potensi pelajar untuk menyampaikan bicara tuntas secara menarik, mantap dan berkesan bagi keperluan pembentangan akademik dan kerjaya. Kursus ini adalah hasil kerjasama antara Pusat Citra Universiti dan UKM Bangi Toastmasters Club. Penekanan akan diberikan kepada penyampaian ucapan spontan, penyediaan kerangka ucapan bicara tuntas, penyampaian di khalayak ramai dan penilaian konstruktif oleh juri. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah interaktif, simulasi dan pengalaman pembelajaran (experiential learning) dengan mengadaptasi kaedah Toastmasters International.

 

Bacaan Asas

Carnegie, D. 2011. Stand and Deliver: How to Become a Masterful Communicator andPublic Speaker. USA: Nightingale-Conant Production.

Lucas, S. E. 2011. The Art of Public Speaking. 11th ed. USA: McGraw-Hill Education. Miller, F. E. 2011. No Sweat Public Speaking: How to develop, practice and deliver a

knock your socks off presentation! with no sweat! USA: Fred Co.

Slutsky, J. 1997. The Toastmasters International Guide to Successful Speaking:Overcoming

Your Fears, Winning Over Your Audience, Building Your Business & Career. Pennsylvania:

Dearborn Financial Pub Toastmasters International. 2014. Competent Communication: A Practical Guide to Becoming Better Speaker. www. toastmasters.org

 

LMCR2202Pembentangan untuk Mempengaruh

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar teknik mempengaruhi audiens di dalam persembahan lisan. Penekanan akan diberikan kepada empat prinsip utama iaitu:

  • Ethos, Pathos dan Logos
  • Bercerita (Storytelling)
  • Retorik (Rhetoric)
  • Strategi Modified Toulmin Method

Kursus diadakan dalam bentuk kuliah dan latihan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar memberi persembahan lisan yang mempengaruh.

 

Bacaan Asas

Ben Decker & Kelly Decker. 2015. Communicate to Influence: How to Inspire Your

Audience to Action. New York: McGraw-Hill Education.

Gary L. May. 2014. Persuasive Business Presentations: Using the Problem-Solution

Method to Influence Decision Makers to Take Action. New York: Business Expert Press.

Dianna Booher. 2011. Communicate with Confidence, Revised and Expanded Edition:

How to Say It Right the First Time and Every Time. New York: McGraw-Hill. Bruce Hilliard. 2010. Persuasion and Influence: The Science and Art of Effective

Presentation. Perth: Boffins Books.

Annette Simmons. 2007. Whoever Tells the Best Story Wins: How to Use Your OwnStories to Communicate with Power and Impact. New York: AMACOM.

 

LMCR2212Bentuk-Bentuk Penulisan

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada beberapa bentuk penulisan. Pelajar didedahkan dengan penulisan kreatif, menulis email, dan pelbagai isu berkaitan penulisan. Kursus ini dijalankan secara kuliah, pengumpulan maklumat di lapangan, penghasilan tugasan bertulis, dan pembentangan dalam seminar. Di akhir kursus, pelajar akan membentangkan kajian penyelidikan mereka dalam satu seminar.

 

Bacaan Asas

Fatimah Busu. 2003. Memupuk Bakat Dan Minat Penulisan Kreatif. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Larson, R. 2012. Ringkas dan menarik: aktiviti singkat penulisan kreatif yangmenggalakkan imaginasi, jenaka dan minat dalam penulisan. Kuala Lumpur: ITBM.

Luqman Haqami. 2002. Mengatasi 25 Hambatan Menulis. Bandung: Pustaka Ulumuddin.

Mana Sikana. 2015. Penulisan Akademik Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Safei & Nisah Haji Haron (penyusun). 2011. Bagaimana Saya Menulis: ProsesPenciptaan Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

LMCR2222Hubungan Insan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar asas hubungan insan serta kepentingan mewujudkan hubungan insan yang berkesan dalam konteks masa kini. Penekanan akan diberikan kepada konsep kendiri, persepsi, personaliti, komunikasi, motivasi, kerja berpasukan dan menangani konflik dalam pelbagai konteks. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah, seminar dan kerja lapangan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan dan mengaplikasikan hubungan insan yang lebih positif dalam kehidupan seharian.

 

Bacaan Asas

Carver, C.S. Scheier, M.F. 2008. Perspectives on Personality. 6th Edition. Boston. Pearson Education. Inc.

James M. Henslin. 2009. Sociology: A Down To Earth Approach Core Concepts. 3rdEdition. Boston. Pearson.

James Fulcher & John Scott. 2011. Sociology. 4th Edition. New York. Oxford University Press.

Khalim Zainal. 2014. Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah.Bangi. Penerbit UKM.

Myers, D.G. 2009. Exploring Social Psychology. 5th Edition. New York. Published by

McGraw-Hill.

 

LMCR2231         Penggunaan Penanda Wacana dalam Penulisan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar penggunaan penanda wacana dalam penulisan. Penulisan akademik mempunyai gaya penulisan tersendiri. Salah satu ciri kejayaan penulis akademik adalah penggunaan penanda wacana yang sesuai di dalam sesuatu penulisan. Penanda wacana adalah bahagian -bahagian bahasa yang menghubungkan satu bahagian wacana ke bahagian yang lain. Ia membantu pembaca

melihat aliran dan hubungan antara ide dalam penulisan. Selain dari itu, ia juga membantu dalam pemahaman dan kepaduan sesebuah penulisan. Contoh penanda penulisan adalah, “to begin”, “first”, “in addition”, “similarly”, “to conclude”, dsb. Kursus diadakan dalam bentuk kuliah dan latihan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar mengguna penanda wacana dalam penulisan akademik.

 

Bacaan Asas

Miriam Urgelles-Coll. 2016. The Syntax and Semantics of Discourse Markers. London: Bloomsbury Academic.

Chiara Ghezzi (Editor) and Piera Molinelli (Editor). 2014. Discourse and PragmaticMarkers from Latin to the Romance Languages. Oxford: Oxford University Press.

Deborah Tannen, Heidi E. Hamilton and Deborah Schiffrin. 2015. DiscourseMarkers: Language, Meaning, and Context. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons, Inc.

Maggie Charles and Diane Pecorari. 2015. Introducing English for Academic Purposes.

London: Routledge.

Edward de Chazal. 2013. Oxford Handbooks for Language Teachers: English forAcademic Purposes. Oxford: Oxford University Press.

LMCR2242Kemahiran Menulis

Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar perkara asas yang perlu ada di dalam sesebuah penulisan. Kursus ini dijalankan secara kuliah, pengumpulan maklumat di lapangan, penghasilan tugasan bertulis, jurnal refleksi dan pembentangan dalam seminar. Pelajar didedahkan dengan penulisan ilmiah dan penyuntingan, ciri-ciri penulisan yang baik, dan pencarian maklumat menggunakan google scholar. Di akhir kursus, pelajar akan membentangkan kajian penyelidikan mereka dalam satu seminar.

 

Bacaan Asas

Eggar, Philip. 1989. Proses and Practice: A Guide to Basic Writing. New York: Harper Collins Publisher.

Marzita Puteh, Sadiah Baharom (Penterj.). 2011. Penulisan Tugasan Dan Tesis. Kuala Lumpur: UPSI.

Parmjit singh et. Al. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan.

Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Sulaiman Masri. 2005. Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal,tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Talib Samat. 2013. Penulis dan Penulisan. Kuala Lumpur: ITBM.

 

LMCR2252         Membina Keyakinan Diri Melalui Bercerita

Kursus ini menggunakan storytelling atau bercerita sebagai bahan pembelajaran untuk menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Inggeris dan meningkatkan kebolehan mereka untuk menyampaikan buah fikiran dan berkomunikasi secara baik dan yakin. Kelebihan ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk menjalani kehidupan seharian. Kursus ini mengingatkan pelajar bagaimana pentingnya bahasa percakapan dan komunikasi yang efektif. Pelajar akan memilih satu cerita yang dibaca dan menceritakannya semula kepada pendengar. Mereka akan mempelajari komponen-komponen penting untuk komunikasi yang efektif seperti visualisasi, membuat rumusan, mengenal pasti emosi dan perasaan, menambah suara dan pergerakan dan menghubungkannya dengan kehidupan. Semasa mereka bercerita, kemahiran mendengar akan menjadi dua hala. Pencerita akan menggunakan bahasa badan untuk berkomunīkasi dengan pendengar. Segala aktiviti yang dilakukan dan kemahiran yang ditingkatkan akan membantu pelajar dalam kurikulum dan kehidupan mereka.

 

Bacaan Asas

Michi Farida A Halim & Nor Hasni Mokhtar. 2016. Developing low-proficiency Students’language Skills through Storytelling. In Classroom Insights: Language Learning Skills, Strategies and Practices, edited by Zarina Othman, Wahiza Wahi & Faridah Musa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: 80 – 89.

Nor Hasni Mokhtar, et al. 2012. Building Foundations in English. Malaysia: Cengage Learning Learning Asia Pte Ltd.

Nor Hasni Mokhtar, Sharifah Zurina Syed Kamarulzaman, Michi Farida Abdul Halim. 2012. Storytelling: The way to build confidence among low proficiency students. In

The International Journal of Learning. 18(9): 211-222.

Nor Hasni Mokhtar, Michi Farida A Halim & Sharifah Zurina S Kamarulzaman. 2011

The Effectiveness of Storytelling in Enhancing Communicative Skills. In Procedia, Social and Behavioral Sciences. 18: 163-169.

Xu Jianing. (November 2007). Storytelling in the EFL Speaking Classroom. The Internet TESL Journal, Vol. XIII, No. 11, November 2007 in

http://iteslj.org/Techniques/Jianing-Storytelling.html retrieved 3 December 2009

 

LMCR2442         Kemahiran Kesantunan Berbahasa

Matlamat kursus ialah untuk untuk meningkatkan kepekaan dan penguasaan pelajar-pelajar tentang kesantunan berbahasa. Ini bertujuan untuk membentuk insan yang mulia dan makruf dari segitingkahlaku dan juga tutur kata yang akan dimanifestasikan melalui bahasa verbal dan nonverbal. Pelajar-pelajar akan diberi ilmu dan amalan kesantunan berbahasa yang merangkumi aspek-aspek peraturan linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Diakhir kursus ini adalah diharapkan pelajar boleh mendemonstrasikan ciri-ciri kesantunan yang akan membentuk ketrampilan diri individu yang berkaliber dan berkualiti. Secara keseluruhannya, pendedahan mengenai kursus ini dilihat dari perspektif linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, dan Experential Learning.

 

Bacaan Asas

Abbas Mohd Shariff. (2004). Adab orang Melayu. Singapore: Alfa Media.

Asmah Haji Omar. (2007). Setia dan santun bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bargiela-Chiappini, Francesca and Daniel Z. Kadar. (2011). “Introduction: PolitenessResearch in and across Culture.” In Politeness across Cultures, ed. by Bargiela-Chiappini, Francesca and Daniel Z. Kadar. Hampshire: Palgrave Macmillan

Bonvillian, N., (1997). Language, culture and communication: The Meaning ofMessages. New Jersey: Prentice-Hall.

Holmes, J. (1995) Women, Men and Politeness. London: Longman.

LMCR3202         Bahasa Melayu dalam Pengurusan Pejabat

Kursus ini bertujuan bagi membimbing pelajar terhadap keperluan penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan pejabat. Pelajar bukan sahaja diberi teori semata-mata tetapi juga diberi pengajaran dalam bentuk praktikal untuk memastikan pelajar dapat menguasai kursus sepenuhnya. Kaedah pengajaran yang akan digunakan ialah latih-tubi, main pernanan, sumbang saran dan lain-lain lagi. Pelajar juga akan memahami aspek-aspek penting dalam menentukan kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam hal pengurusan pejabat seperti penulisan surat rasmi, minit mesyuarat, kertas kerja, memorandum dan sebagainya.

Bacaan Asas

Habibah Mohd Samin & Hasnah Awang. 2010. Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismail dan Maria Mansur. 2011. Bahasa Melayu Kontekstual. Kuala Lumpur: Oxford Pelajar.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin. 2016. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah KariM, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2015.  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Khuzaimah Wan Mohamad. 2005. Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd.

Pusat Kebudayaan

LMCZ1612          Penulisan Skrip I

Kursus ini memberi pengetahuan tentang teknik dan gaya, penulisan skrip drama (Pentas, TV, Radio dan Filem) yang mempunyai gaya dan bentuk dalam menghasilkan sebuah karya penulisan skrip. Berlatar belakangkan tentang peristiwa kehidupan dan kejadian masyarakat sehari hari. Kursus ini menumpukan penguasaan teknik penulisan dengan pendekatan yang sistematik terhadap asas penulisan skrip dan memperkenalkan tokoh-tokoh sastera yang menghasilkan skrip atau naskah yang dikenali oleh masyarakat dunia seperti Shakespare, Molirer, A. Samad, Hamka, Asrul Sani, Yikio Mishima, Hamzah Hussin, Mustafa Mlladj, Rabindranath Tagore, Sophocles. Kursus ini akhirnya dapat meningkatkan kefahaman tentang pengurusan amnya bagi member khidmat kepada masyarakat. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.

 

Bacaan Asas

Egri, Lajos, 1966. The Art of Dramatic, Simon and Schuster, New York. Richard KJosttelanetz, 1978. On Contemporary Literature, An Avon Books,

NY – Constanes NAsh – Virginia Oakey, the Television, Writer-writer Handbook, Ist. ed, & Noble Books, NY.

Mana Sikana, 1988. Menulis Skrip Drama Pentas-Radio-TV, Siri Satera, Penerbit Karya.

Anis Sabirin, 1967. Sedikit Ulasan Tentang Menulis Drama, Dewan Masyarakat Jil. 5, Januari.

 

LMCZ1622Penulisan Skrip II

Kursus tahap II ini memberi pengetahuan tentang teknik dan gaya, penulisan skrip drama (Pentas, TV, Radio dan Filem) yang mempunyai gaya dan bentuk dalam menghasilkan sebuah karya penulisan skrip. Berlatar belakangkan tentang peristiwa kehidupan dan kejadian masyarakat sehari hari. Kursus ini menumpukan penguasaan teknik penulisan dengan pendekatan yang sistematik terhadap asas penulisan skrip dan memperkenalkan tokoh-tokoh sastera yang menghasilkan skrip atau naskah yang dikenali oleh masyarakat dunia seperti Shakespare, Molirer, A. Samad, Hamka, Asrul Sani, Yikio Mishima, Hamzah Hussin, Mustafa Mlladj, Rabindranath Tagore, Sophocles. Kursus ini akhirnya dapat meningkatkan kefahaman tentang pengurusan amnya bagi member khidmat kepada masyarakat. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.

 

Prasyarat Kursus

Lulus kursus LMCZ1612

 

 

Bacaan Asas

Egri, Lajos, 1966. The Art of Dramatic, Simon and Schuster, New York. Richard KJosttelanetz, 1978. On Contemporary Literature, An Avon Books,

NY – Constanes NAsh – Virginia Oakey, the Television, Writer-writer Handbook, Ist. ed, & Noble Books, NY.

Mana Sikana, 1988. Menulis Skrip Drama Pentas-Radio-TV, Siri Satera, Penerbit Karya.

Anis Sabirin, 1967. Sedikit Ulasan Tentang Menulis Drama, Dewan Masyarakat Jil. 5, Januari.

 

LMCZ1632Penulisan Skrip III

Kursus di peringkat pengiktirafan Tahap III ini memberi pengetahuan dan menekankan aspek praktikal pada peringkat yang lebih tinggi dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam seni penulisan skrip yang berkenaan. Kursus ini akhirnya dapat meningkatkan kefahaman tentang seni penulisan skrip amnya bagi memberi khidmat seni kepada masyarakat. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.

 

Prasyarat Kursus

Lulus kursus LMCZ1612, LMCZ1622

 

Bacaan Asas

Egri, Lajos, 1966. The Art of Dramatic, Simon and Schuster, New York. Richard KJosttelanetz, 1978. On Contemporary Literature, An Avon Books,

NY – Constanes NAsh – Virginia Oakey, the Television, Writer-writer Handbook, Ist. ed, & Noble Books, NY.

Mana Sikana, 1988. Menulis Skrip Drama Pentas-Radio-TV, Siri Satera, Penerbit Karya.

Anis Sabirin, 1967. Sedikit Ulasan Tentang Menulis Drama, Dewan Masyarakat Jil. 5, Januari.

 

LMCZ1642Penulisan Skrip IV

Kursus ini memberi pengetahuan secara mendalam mengenai kaedah kejurulatihan dan peningkatan kemahiran mengenai Penulisan Skrip, peringkat-peringkat pengurusan acara termasuk penyediaan kertas kerja analisis projek dalam pengurusan majlis, pengurusan pentas, pengurusan teknikal dan setiap aspek yang berkaitan dengan penulisan skrip. Kursus ini menumpukan penguasaan daripada aspek pemimpin dan kepimpinan, hubungkait pengurusan penulisan skrip dan kepimpiman, arahan dan kuasa pengurus, ciri-ciri kepimpinan dan pengurusan persembahan dan pemasaran seni dan komunikasi dalam organisasi budaya. Kursus ini akhirnya dapat meningkatkan kefahaman tentang Penulisan Skrip amnya. Kursus ini akhirnya dapat melahirkan pelajar menjadi seorang pembimbing dan jurulatih di peringkat asas bagi memberi khidmat penulisan skrip kepada masyarakat. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal

 

Prasyarat Kursus

Lulus kursus LMCZ1612, LMCZ1622, LMCZ1632

 

Bacaan Asas

Egri, Lajos, 1966. The Art of Dramatic, Simon and Schuster, New York. Richard KJosttelanetz, 1978. On Contemporary Literature, An Avon Books,

NY – Constanes NAsh – Virginia Oakey, the Television, Writer-writer Handbook, Ist. ed, & Noble Books, NY.

Mana Sikana, 1988. Menulis Skrip Drama Pentas-Radio-TV, Siri Satera, Penerbit Karya.

Anis Sabirin, 1967. Sedikit Ulasan Tentang Menulis Drama, Dewan Masyarakat Jil. 5, Januari.

Pusat Kesatria

LMCB1212          Membaca Peta

Kursus ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang kegunaan peralatan panduarah dalam tentera seperti peta kompas, protektor dan binokular. Selain dari itu pelajar akan diberi panduan yang betul tentang teknik mencari kedudukan sendiri dan tempat lain atau Resection dan Intersection yang amat penting semasa latihan di hutan mahu pun latihan berjalan malam. Komponen kursus ini mengandungi elemen teori, praktikal dan juga latihan simulasi terhadap pengalaman sebenar menggunakan peralatan tersebut. Kaedah lawatan ke unit-unit tentera berhampiran juga turut dilaksanakan bagi membolehkan para pelajar membuat penilaian sebenar.

 

Bacaan Asas

  1. D. A. Barber. 2015. Map Reading: And Intelligence Training (Classic Reprint).

USA. Forgotton Books.

C.O. Sherrill. 2010. Military Map, Reading and Sketching. USA. The Bibliolife Network. Department of Defence Pentagon. 2010. Map Reading and Land Navigation and USMC

Land Navigation Sergeant’s Course. USA. Pentagon Publishing.

Paul Stanley Bond. 2015. Map Reading and Military Sketching: A Complete PracticalExposition of Map Reading and Map Making for Military Purposes. USA. Andesite Press.

Wm. D. Beach. 2015. Military Map Reading, Field Outpost and Road Sketching. USA. Leopold Classic Library

 

LMCB1222Asas Semboyan

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkenalkan asas sistem komunikasi atau semboyan dalam bidang ketenteraan. Perbezaan mekanisme komunikasi dan semboyan ketenteraan menjadi tunjang kepada aspek pembelajaran dalam kalangan pelajar. Komponen kursus ini mengandungi elemen teori, praktikal dan juga latihan simulasi terhadap pengalaman sebenar sistem komunikasi ketenteraan. Kaedah lawatan ke unit-unit komunikasi tentera juga turut dilaksanakan bagi membolehkan para pelajar membuat penilaian sebenar dan membuat perbandingan antara sistem komunikasi awam dengan tentera.

 

Bacaan Asas

Erin Sahlstein Parcell and Lynne M Webb. 2015. A Communication Perspective on TheMilitary: Interaction, Messages and Discourses. Peter Lang Publishing Inc. New York.

Gordon Rottman. 2010. World War II Battlefield Communications. Peter Lang Publishing Inc. New York.

James S Major. 2010. Communating with Intelligence: Writing and Briefing in theintelligence and National Security Communities. The Scarecrow Press, Inc. UK.

John D Bergen. 2015. Military Communications: A Test for Technology (United States Army in Vietnam). Library of Congress Cataloging in Publication Data. USA.

Peter R. Jensen. 2013. Wireless at War: Developments in Military and ClandestineRadio, 1895-2012. The Scarecrow Press, Inc. UK.

 

Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

LMCR1262Literasi Maklumat

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar tentang sumber maklumat berkualiti dan terkini bagi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membina kemahiran mengakses bahan dan maklumat secara berkesan daripada pelbagai jenis dan bentuk serta membimbing pelajar supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan cekap dan berdikari. Kursus ini diadakan dalam bentuk tutorial, kerja lapangan dan pembentangan. Penekanan akan diberikan kepada komunikasi dan kerja berpasukan.

 

Bacaan Asas

Agrawal, Abha. 2006. EndNote 1-2-3 easy! reference management for the professional.2nd ed. Boston, MA: Springer-Verlag US. http://dx.doi.org/10.1007/978-0-387-95901-6

Chowdhury, G. G. (Gobinda G.). 2010. Introduction to modern information retrieval.3rd ed. London: Facet.

Irma Indayu Omar, Yushiana Mansor. 2005. Panduan mencari maklumat. Bentong: PTS Professional Publishing.

Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim, Azizah Jaafar. 2010. Kemahiran maklumat:teori dan amalan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Othman Talib. 2014. Mendeley: tesis pengurusan artikel dan rujukan secara efisyen

(versi Bahasa Melayu). Bandar Baru Bangi, Selangor: MPWS Rich Resources.

Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)

LMOO1202          Hola! : Eksplorasi Budaya Latin Amerika

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan umum tentang kepelbagaian budaya dan linguistik di rantau Amerika Latin. Kursus ini memberi tumpuan kepada topik berkenaan dengan budaya, bahasa (Sepanyol dan Portugis), politik, kesenian, budaya pop (popular culture), kesusasteraan, gastronomi dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh negara-negara Amerika Latin. Pada akhir kursus pelajar akan mendapat peningkatan tahap literasi budaya Amerika Latin secara umumnya.

 

 

 

Bacaan Asas

Escalante, Pablo, et. al. 2015. Intisari Sejarah Mexico Baharu. Bangi: UKM Press.

Butt, John B. and Benjamin, Carmen. 2011. A New Reference Grammar of ModernSpanish. New York: RoutledgeTaylor and Francis Group.

Fausto, Boris and Fausto, Sergio. 2014. A Concise History of Brazil. Cambridge: Cambridge University Press.

 

Hutchinson, Amélia P., and Janet Lloyd. 2003. Portuguese: An Essential Grammar. (2nd Ed).  New York: Routledge.

Swanson, Philips. (Ed). 2014. The Companions to Latin American Studies. New York: Routledge Taylor and Francis Group.

 

LMOO1211          Viva! : Pengenalan kepada Bahasa dan Budaya Portugis

Kursus ini bertujuan memperkenalkan bahasa Portugis dan budaya negara Portugal serta bangsa-bangsa yang menggunakan bahasa Portugis. Kursus ini berfokus kepada literasi budaya dan komunikasi lisan secara praktikal. Pada akhir kursus ini, pelajar dijangka dapat mengenalpasti aspek-aspek berkenaan dengan sejarah dan sosio-budaya negara Portugal, menggunakan pelbagai kosa kata/ungkapan dalam bahasa Portugis untuk berkomunikasi,  serta menghayati tradisi budaya Portugis.

Bacaan Asas

de Jouet-Pastre, Clemence, Anna Klobucka, Patrícia Isabel Sobral, Maria Luci de Biaji Moreira, and Amélia P. Hutchinson. Ponto de Encontro: Portuguese as a World Language. Pearson Higher Ed, 2012.

Disney, Anthony R. A History of Portugal and the Portuguese Empire. New York: Cambridge University Press, 2009.

Hutchinson, Amélia P., and Janet Lloyd. Portuguese: An Essential Grammar. 2nd edition.  New York: Routledge, 2003.

Tan, Raan Hann. “Portugis, Melaka dan Akulturasi.” In Melaka Warisan Kita: Himpunan Esei dan Gambar, edited by Muhammad Helmy bin Abdul Gapar and Nur Hezreen Othman, pp 68-77. Bangi: Institut Kajian Etnik, 2017.

Whitlam, J., V. Davies, and M. Harland. Harper Collins Portuguese Dictionary: English, Portuguese Portuguese, English. New York: HarperCollins, 1997.

LMOO1222          Bienvenidos! Venezuela

Kursus ini bertujuan memberi peningkatan lietrasi pengetahuan terhadap negara Amerika Latin dengan relevansi bersejarah, budaya dan ekonomi. Ia memberi tumpuan kepada Venezuela kontemporari, dalam konteks serantau. Kursus ini mengkaji pelbagai tema yang berkaitan dengan kepelbagaian masyarakat Venezuela, sejarah, geografi, dan ekonomi, dengan penerokaan ungkapan-ungkapan artistik rakyat Venezuela, di kedua-dua hujung spektrum budaya, terkenal dan popular.

Bacaan Asas

Embassy of the Bolivarian Republic of Venezuela in Malaysia. 2016. Malaysia, mi amiga; Venezuela, kawan saya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Ewell, Judith, 1984. Venezuela: A Century of Change. Redwood City, CA: Standford University Press.

Lynch, John, 2006. Simon Bolivar: a life. New Haven: Yale University.

Acosta, Vladimir, 2007. Independence and sovereignty in the thinking of The Libertador Simon Bolivar. Caracas: Centro de Arte la Estancia.

Corpoven, 1996. Venezuela Magic Land. Venezuela: Public Affairs Dept. of Corpoven S.A. a subsidiary of Petroleos de Venezuela.

Kolej Keris Mas

 

LMCR3222          Komunikasi Perundingan

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar kepada pendekatan yang sedia ada bagi menggabungkan strategi    komunikasi perundingan dalam perundingan. Di samping itu, kursus ini meningkatkan kemampuan pelajar dalam mengenal pasti dan menguruskan strategi komunikasi yang berkesan untuk diaplikasikan dan dipraktikkan dalam perundingan. Ia juga membantu pelajar dalam menghubungkait komunikasi dan perundingan dalam pelbagai konteks.

 

Bacaan Asas

Drs. A.W Widjojo, “Komunikasi: Komunikasi dan Hubungan Masyarakat”, PT Bina Askara, 1986.

Harold Koontz & Heinz Weihrich “ Pengurusan”, Dewan Bahasa & Pustaka. 1991.

Michael Hattersbeg & Linda MC Janet “Communication Management” MC Graw. Hill Inc. 1997.

David Oliver, “Membuat Perundingan Dengan Berkesan”, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 2009.

Clampit Philip G., “Communicating for Manageial Effectiveness”, SAGE Publication, Inc. 1991.

 

LMCR3232          Tradisi Lisan

Kursus ini akan memperkenalkan kepada para pelajar tentang konsep tradisi lisan dalam pelbagai peringkat yang berperanan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang. Penekanan akan diberikan kepada perkembangan pemikiran serta kemahiran berbahasa dalam tradisi trasional. Proses ini melibatkan penggunaan  kemahiran dalam melaksanakan dan menjayakan modul yang ditetapkan.  Diakhir pengajaran, pelajar perlu menghasilkan modul berasaskan kemahiran tradisi lisan mengikut peringkat dalam bidang-bidang yang ditentukan serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas, penganjuran kelas tambahan dan sebagainya.

Kolej Pendeta Za’ba

LMCR2292          Kursus Kemahiran Debat dan Pidato

Kursus ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan literasi dalam kalangan pelajar bagi membantu membangunkan insaniah dalam diri mereka.  Kursus ini juga menjadi medium utama dalam mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang komunikasi dan pengucapan awam di samping memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menulis penulisan ilmiah.  Kursus yang akan membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri ini akan melibatkan acara seperti penonjolan bakat, kemahiran menulis serta aplikasi kemahiran komunikasi dan literasi dalam program-program universiti.  Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran dan pendekatan praktikal.

 

Bacaan Asas

Mohd. Baharudin Othman & Mohd. Khairie Ahmad. 2003. Penghantar Komunikasi. Sintok: Universiti Utara Malaysia Press.

 

Mohd Baharudin Othman & Mohd Taib Ariffin. 2005. Komunikasi Kepengurusan. Sintok: Universiti Utara Malaysia Press.

Fakulti Pengajian Islam

PPPM194              Dakwah dan Pembangunan

Kursus ini membicarakan tentang konsep pembangunan menurut perspektif Islam. Perbandingan antara konsep pembangunan Islam dengan konsep pembangunan dalam konteks penjajahan di Alam Melayu, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan pascamodenisme akan juga diberi penekanan. Berdasarkan kepada fenomena idealisme tersebut, analisis akan dibuat terhadap pembangunan di Malaysia dan cadangan penyelesaiannya menurut perspektif Islam.

 

Bacaan Asas

Abdul Ghafar Hj. Don & Shamsul Bahri Andi Galigo. 1998. Dakwah MenjanaMasyarakat Madani. Bangi: Jabatan pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Aidid Ghazali. 1990. Development: An Islamic Perspective. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication.

Al-Bureuy, Muhammad Abd. Allah. 1981. Administrative Development: : An IslamicPerspective. USA: University of North Carolina.

Nik Aziz Nik Pa, Dr. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

PPPM1952Kebudayaan Dan Kesenian Islam

Kursus ini membincangkan falsafah kebudayaan dan kesenian menurut perspektif Islam dan sekularisme. Kedudukan seni dalam kebudayaan. Keseimbangan dan kesepaduan antara nilai estitika dan etika. Kersus ini mengkajiperanan seni dan budaya sebagai uslub dakwah. Antara bidang seni yang dibicarakan ialah seni bunyi, lakonan, seni rupa dan seni sastera.

 

Bacaan Asas

Ali Shariati. 1979. On the Sosiology of Islam. Berkely. Mizan Press.

Al-Attas, Sayed Muhamad Naquib. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1972.

Bassam Tibi. 1991. Islam and the cultural accommodation of social change. Israr.C. 1978. Sejarah Kesenian Islam 1 dan 2. Jakarta: Bulan Bintang

Oloan Situmorang. Drs. 1993. Seni Rupa Islam. Pertumbuhan dan perkembangannya.

 

PPPM1972Pengantar Dakwah Dan Ideologi Moden

Kursus ini bertujuan untuk memahami ideologi- ideologi yang bercambah di dalam masyarakat moden, serta menanamkan kemampuan menganalisis ideologi tersebut secara kritis dengan berasaskan nilai-nilai murni Islam. Kajian dan perbincangan meliputi ideologi yang berkembang di dunia Barat dan Timur, seperti Orientalisme, Sekularisme, Zionisme, Sosialisme, Kosmunisme, Rasionalisme, Kapitalisme, Humanisme Librealisme dan Pluralisme dan sebagainya. Perbahasannya meliputi perkembangan ideologi tersebut, isu dan implikasinya di dalam masyarakat Islam.

 

Bacaan Asas

Anwar Ali, t.th. Ideology and leadinging issues. Lahore: Publishers United Ltd.

Helen Desfoses dan J. Levesque (ed.) 1975. Sosialism in the third world. New York: Praeger Publishers.

Kenneth, R. Minoque. 1968. The Liberal Mind. New York: Vintage Books. Lamont, Corliss. 1972. The philosophy of Humanism. New York: F. Hagar.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1978. Islam and Sekuralism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

- Ну прямо цирк.  - Он провел рукой по подбородку, на котором темнела полуторасуточная щетина.  - А что «Следопыт». Я сижу у себя точно на раскаленных углях. - Пока .

0 Thoughts to “Refleksi Assignment Bahasa Arab

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *